📅 13 Ogos 2024 (Selasa)
📍 Pejabat A37, MS Citajaya Sdn. Bhd.
Bersempena dengan Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2024, MS Citajaya Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Derma Darah pada 13 Ogos 2024 bertempat di Pejabat A37.
Program ini merupakan salah satu inisiatif syarikat dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan menderma darah, di samping menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial.
Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen MS Citajaya Sdn. Bhd. dalam menyokong usaha kemanusiaan serta membudayakan amalan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma, petugas kesihatan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga setiap titisan darah yang didermakan menjadi sumbangan bermakna dalam membantu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.
❤️ Setitis Darah, Sejuta Harapan.
