📅 25 – 29 Mei 2025
📍 Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan
Bengkel Pemantapan Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri di Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2025 (Pakej 1, Zon Utara) telah berlangsung dengan jayanya di Grand Lexis, Port Dickson.
Program ini menjadi platform bagi memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kecekapan serta memantapkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri melalui sesi perbincangan, perkongsian ilmu dan aktiviti berkumpulan.
Penganjuran bengkel ini turut mengeratkan hubungan kerjasama serta meningkatkan semangat berpasukan dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan.




