📅 18 Disember 2025 (Khamis)
📍 Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu
Program Townhall 2025 MS Citajaya Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu, dengan penglibatan pihak pengurusan serta seluruh warga kerja syarikat.
Program ini menjadi platform penting bagi menilai pencapaian dan prestasi syarikat sepanjang tahun 2025, membincangkan cabaran serta penambahbaikan, di samping menyampaikan hala tuju dan perancangan strategik organisasi bagi tahun 2026.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang 2025 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi, dedikasi serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua penerima anugerah serta seluruh warga kerja MS Citajaya Sdn. Bhd. atas usaha dan sumbangan yang diberikan sepanjang tahun 2025.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi, pengukuhan semangat kerjasama dan kecemerlangan organisasi dalam menghadapi tahun 2026.
Bersama Memacu Kecemerlangan, Melangkah Menuju Kejayaan.
