📅 09 Januari 2025 (Khamis)
📍 Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu
Program Townhall 2024 MS Citajaya Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Januari 2025 bertempat di Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu, dengan penglibatan pihak pengurusan serta warga kerja syarikat.
Program ini menjadi platform bagi menilai pencapaian dan prestasi syarikat sepanjang tahun 2024, di samping membincangkan cabaran, penambahbaikan serta hala tuju organisasi bagi tahun 2025.
Penganjuran program ini turut memberi peluang untuk memperkukuh komunikasi, meningkatkan semangat kerjasama serta memupuk komitmen dalam kalangan warga kerja ke arah mencapai matlamat bersama.
Semoga segala pencapaian dan pengalaman sepanjang tahun 2024 menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan MS Citajaya Sdn. Bhd. pada masa hadapan.
Bersama Mengukir Kejayaan, Melangkah Ke Hadapan.
