📅 23 Januari 2025 (Khamis)
📍 Ibu Pejabat MS Citajaya Sdn. Bhd., Kuala Ibai
Alhamdulillah, Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah berlangsung dengan jayanya bersama warga kerja MS Citajaya Sdn. Bhd. bertempat di Ibu Pejabat, Kuala Ibai.
Program ini diadakan bagi memohon keberkatan, kesejahteraan serta kelancaran segala urusan syarikat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja.
Majlis turut diserikan dengan jamuan makan bersama dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.
Semoga segala usaha dan urusan kita sentiasa dipermudahkan serta diberkati Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻
