29 APRIL 2025 | PRIMULA BEACH HOTEL
Alhamdulillah, sambutan Hari Raya tahun ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana kekeluargaan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan dan semua kakitangan MS CITAJAYA SDN BHD yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini serta memastikan segalanya berjalan lancar.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih juga kepada para tetamu yang sudi hadir dan memeriahkan majlis. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan diberkati.








