13 APRIL 2025
Program asas pertolongan cemas diadakan di bilik mesyuarat pejabat T2 di setiu. Program ini merupakan salah satu aktiviti keselamatan dan kesihatan yang disertai oleh staff msct dalam memberi kesedaran mengenai bantuan awal kepada seseorang yang cedera atau sakit tiba tiba sebelum mendapat rawatan daripada perubatan professional.
Program ini merangkumi pembentangan dan tayangan video mengenai teknik CPR yang betul dan langkah-langkah menangani kes tercekik dengan menggunakan cara heimlich manuever.