5 & 6 MAC 2025
Dalam semangat berkongsi rezeki di bulan yang penuh keberkatan, MS Citajaya Sdn Bhd, dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), telah mengadakan Program Agihan Air Mineral ke beberapa masjid di daerah Marang, Kuala Terengganu, dan Hulu Terengganu.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para jemaah serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan. Semoga sumbangan kecil ini membawa manfaat dan keberkatan kepada semua.
Salam Ramadan 1446H