PROGRAM KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (CUSTOMER SATISFACTION INDEX – CSI) BAGI JALAN-JALAN NEGERI BERSAMA JKR DAERAH SETIU

24 FEBRUARI 2025

MS Citajaya Sdn Bhd dengan kerjasama JKR Daerah Setiu telah melaksanakan Program Kajian Kepuasan Pelanggan (CSI) bagi laluan T140 Jalan Guntung Luar / Fikri bertempat di Sekolah Kebangsaan Guntung Dalam, Setiu.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terus daripada pengguna jalan raya, sekaligus menilai tahap kepuasan terhadap infrastruktur jalan di kawasan ini. Maklum balas yang diterima amat berharga dalam usaha berterusan kami untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan keselamatan jalan raya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JKR Daerah Setiu dan Sekolah Kebangsaan Guntung Dalam, Setiu atas kerjasama yang erat serta sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pengguna jalan raya yang sudi meluangkan masa untuk menjawab survei ini—setiap pandangan anda adalah langkah ke arah penambahbaikan yang lebih mampan dan berkualiti.

#MSCTCare

RELATED EVENTS