18 FEBRUARI 2025
MS Citajaya Sdn Bhd dengan kerjasama JKR Daerah Marang telah menjalankan Program Kajian Kepuasan Pelanggan (CSI) bagi laluan T26 Jalan Rhu Rendang/ Rhu Rendang bertempat di Petron Kg. Undang.
Program ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan pengguna jalan raya serta mengumpul maklum balas berharga bagi meningkatkan mutu penyelenggaraan dan keselamatan jalan raya di daerah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JKR Daerah Marang dan Petron Kg. Undang atas sokongan padu serta kerjasama erat yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pengguna jalan raya yang sudi meluangkan masa untuk menjawab survei ini—maklum balas anda amat bermakna dalam usaha kami untuk terus memacu kecemerlangan infrastruktur jalan raya!