PROGRAM KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (CUSTOMER SATISFACTION INDEX – CSI) BAGI JALAN-JALAN NEGERI BERSAMA JKR DAERAH HULU TERENGGANU

27 FEBRUARI 2025

MS Citajaya Sdn Bhd dengan kerjasama JKR Daerah Hulu Terengganu telah menjalankan Program Kajian Kepuasan Pelanggan (CSI) bagi laluan T107 Jalan Kuala Berang/ Tanggol/ Wakaf Tapai yang berlangsung di Simpang 3 Kg. Butut.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna jalan raya bagi menilai tahap kepuasan serta mempertingkatkan mutu infrastruktur jalan di kawasan ini. Pandangan yang diberikan amat berharga dalam usaha berterusan kami memastikan jalan raya yang lebih selamat, selesa, dan berkualiti tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JKR Daerah Hulu Terengganu atas kerjasama erat yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua pengguna jalan raya yang sudi meluangkan masa untuk menjawab survei ini—maklum balas anda adalah pemacu kepada penambahbaikan berterusan!

#MSCTCare

 

RELATED EVENTS