MS Citajaya Sdn Bhd dengan penuh rasa penghargaan meraikan Majlis Perpisahan Jurutera Awam Kanan Jalan (Ir. Wan Nor Aini binti Wan Derahman). Perpindahan Puan ke Negeri Melaka merupakan satu langkah yang besar dalam perjalanan kerjaya dan pihak MSCT yakin Puan akan terus cemerlang serta memberi sumbangan yang luar biasa di sana. Pihak MSCT juga mendoakan agar Puan diberi kesihatan, kekuatan dan kejayaan di tempat baru.
Terima kasih atas segala kerjasama dan jasa Puan. Semoga hubungan baik ini akan terus terjalin walau di mana jua Puan berada.
Selamat maju jaya!