KUNJUNGAN HORMAT JURUTERA AWAM KANAN (JALAN) NEGERI TERENGGANU

06 FEBRUARI 2025

Pihak MS Citajaya Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke JKR Terengganu (Bahagian Jalan) pada 6 Februari 2025 bersempena dengan pelantikan Ir. Ts. Mazman bin Mohamad sebagai Jurutera Awam Kanan (Jalan) Negeri Terengganu berkuatkuasa Februari 2025.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Tuan Haji Nurhazman Syaqir Chan (Ketua Pegawai Eksekutif) dan beberapa kakitangan iaitu Puan Zulaikha binti Mohd Din (Pengurus Besar), Cik Siti Alia Soleha binti Sofian (Eksekutif Kanan Teknikal & Operasi) dan Encik Mohammed Zefre bin Sa’idin (Eksekutif Teknikal).

Terima kasih diucapkan kepada JKR Terengganu (Bahagian Jalan) di atas kesudian menerima kunjungan kami dan selamat datang diucapkan kepada Ir. Ts. Mazman bin Mohamad! Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dengan sebaiknya.

RELATED EVENTS