MS Citajaya Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 bersama Agensi-agensi Kerajaan Daerah Besut dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Beting Lintang. Majlis ini telah diadakan pada 17 Ogos 2023. Agensi-agensi Kerajaan Daerah Besut yang terlibat adalah Pejabat Daerah Besut, Pejabat Pendidikan Daerah Besut, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dan Jabatan Kerja Raya Daerah Besut. Majlis ini disertai oleh semua staf dan Pengarah MS Citajaya Sdn Bhd.













